Monday, January 17, 2011

Prosa Tradisional Tingkatan 3: Patung Kencana Dari Kuripan


3) PATUNG KENCANA DARI KURIPAN

a) Sinopsis
                Ratu Kuripan mendengar berita bahawa Ratu Daha kematian isteri.Permaisuri meninggal dunia kerana memakan racun akibat terlalu kecewa dengan sikap Ratu Daha yang amat menyayangi isteri mudanya, iaitu Paduka Liku.Semenjak kematian bondanya ,Raden Galuh Cendera Kirana sentiasa bersedih oleh itu ,Ratu Kuripan menyuruh Raden Inu Kartapati ,iaitu tunang Raden Galuh cendera Kirana membuat anak-anakan (patung) untuk menghiburkan hati Raden Galuh Cendera Kirana .


                Raden Inu Kertapati membuat dua anak-anakan yang diperbuat daripada emas dan perak.Anak-anakan yang dibuat daripada emas dibungkus dengan kain buruk manakala anak-anakan yang diperbuat dari perak dibungkus dengan kain sutera dewangga .Kedua-dua anak-anakan itu dihantar ke negeri Daha . Raden Galuh Ajeng,iaitu anak Paduka Liku telah memilih bungkusan yang dibungkus dengan kain sutera dewangga .Bungkusan sebuah lagi diserah kepada Raden Galuh Cendera Kirana.Raden Galuh Cendera Kirana berasa sungguh sedih tetapi apabila bungkusan itu dibuka ,dia berasa amat gembira kerana mendapat anak-anakan yang diperbuat dari emas bermata belian .Raden Galuh Ajeng hanya mendapat anak-anakan dibuat dari perak bermata batu.Raden Galuh Cendera Kirana berasa amat gembira menerima pemberian daripada tunangnya .


b) Tema
Tema cerita ini ialah kebijaksaan dalam menentukan pilihan yang terbaik.Watak wira dan wirawati cerita Patung Kencana Dari Kuripan mengambarkan mereka berdua bijak kerana memilih untuk menyembuyikan sesuatu yang baik dan cantik dalam bungkusan yang buruk dan kelihatan kurang menarik.Umumnya, tanggapan orang lain sebaliknya.Galuh Cendera Kirana yang mendapat bungkusan yang dibalut dengan kain buruk akhirnya mendapat anak-anakan yang dibuat dari emas.

c) Persoalan
- Hubungan kekeluargaan yang baik dengan ahli keluarga akan menjalinkan kemesraan dengan ahli keluarga .Ratu Kuripan menunjukkan sikapnya yang prihatin dengan menghadiahkan anak-anak emas kepada Galuh Cendera Kirana yang sedang kesedihan kerana kematian bondanya .Demikian juga Raden Inu,tunangnya Galuh Cendera Kirana yang membuat sendiri anak-anakan itu menunjukkan kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain yang amat erat.Hubungan kekeluargaan yang terbentuk sudah pasti akan semakin erat.
- Sesuatu yang kelihatan cantik tidak semestinya mengambarkan kebaikan isi di dalamnya.Ramai orang yang terpedaya dengan gambaran luaran yang menarik hati .sesuatu yang cantik dan menarik diluar tidak semestinya mengambarkan kecantikkan didalamnya.Demikianlah,anak-anakan perak yang berbungkus kain sutera menjadi pilihan Galuh Ajeng,manakalan anak-anakan emas yang berbungkus kain buruk telah diberikan kepada Galuh Cendara Kirana.

d) Watak dan Perwatakan
Galuh Cendera Kirana
- Puteri Ratu Daha
- Tunangan Raden Inu Kertapati
- Telah kematian bondanya
- Tidak diperdulikan oleh ayahandanya yang sudah terpengaruh dengan kata-kata isteri
  mudanya,Paduka Liku.
- Mempunyai saudara perempuan,Galuh Ajeng,anak Ratu Daha dengan Padika Liku.
- Berasa sedih dan sugul atas nasib yang menimpa dirinya.
- Mempunyai dua orang ibu tiri,PadukaLiku dan Mahadewi yang mengambil berat tentang dirinya.
- Taat dan Patuh kepada orang tuanya.
- Dikasihi dan disayangi oleh Ratu Kuripan.

Ratu Kuripan
- Raja Negeri Kuripan
- Bersaudara dengan Ratu Daha
- Ayahanda Raden Inu Kertapati
- Bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Galuh Cendera Kirana
- Mencari jalan untuk mengembirakan hati Galuh Cendera Kirana
- Amat mengasihi Galuh Cendera Kirana
- Sangat marah apabila mengetahui Ratu Daha tidak memperdulikan Galuh Cendera Kirana keran
  sudah terpengaruh dengan Paduka Liku.

Galuh Ajeng
- Anak Puteri Daha dengan Paduka Liku.
- Saudara Galuh Cendera Kirana yang berlainan ibu.
- Disayangi oleh Ratu Daha melebihi Galuh Cendera Kirana
- Terlalu manja
- Bertindak keanak-anakan dan bodoh.

Ratu Daha
- Ayahanda Galuh Cendera Kirana dan Galuh Ajeng.
- Baru kematian permaisuri
- Mempengaruhi

Paduka Liku
- Isteri muda ratu negeri Daha
- Mengenakan ilmu pengasih kepada ratu Daha agar mendengar katanya
- Penyebab permaisuri meracuni dirinya sendiri, bonda galoh Cendera Kirana kerana cemburu
- Pentingkan diri sendiri
- Ibu tiri yang jahat

e) Plot
Permulaan
Ratu Kuripan mendapt berita tentang kematian permaisuri Ratu Daha kerana memekan racun.Ratu Kuripan murka kerana Ratu Daha sangat menurut kehendak Paduka Liku iaitu isteri mudanya.

Perkembangan
Ratu Kuripan memerintahkan orang membuatkan anak patung bagi menghiburkan hati Galoh Cendera Kirana

Perumitan
Raden Inu Kartapati membuat dua buah anak-anakan daripada emas dan perak .Kedua-duanya dibungkus dalam bungkusan yang berbeza.Bungkusan itu dihantar ke negri Daha

Klimaks
Di istana Ratu Daha ,Raden Galuh Ajeng disuruh terlebih dahulu memilih bungkusan yang disukainya.Dia memilih bungkusan yang cantik tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada perak bermata batu.

Peleraian
Raden Galuh Kirana berasa gembira walaupun menerima bungkusan yang dibungkus buruk tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada emas bermata berlian.

f) Latar
Latar tempat
- di negeri Daha dan Kuripan
- di istana Kampong Karangan,Kuripan
Latar masa
- Berlaku pada zaman kerajaan Jawa lama
Latar masyarakat
- Masyarakat yang mengamalkan system beraja
- masyarakat tradisi di jawa mengamalkan poligami
- Masyarakat yang taat kepada pemimpin dan setia melaksanaakan perintah
- masyarakat yang memiliki belas kasihan
- Masyarkat yang kreatif dalam pertukangan tangan
- Masyarakat tradisional yang bijak berfikir
- Masyarakat yang mengamalkan petunangan di kalangan keluarga diraja
- masyarakat yang mengamalkan budaya hormat-menghormati
- masyarakat yang mengamalkan budaya berkirim salam



g) Gaya Bahasa
Bahasa Istana - Contoh: baginda, bersemayam, santap, memanda, permaisuri, ratu dan paduka

Bahasa klasik - Contoh: amarah, warta, anak-anakan, kencana

Bahasa Arab - Contoh: wallahu a’lam

Simile - Contoh : seperti perkataan yang dikatakan oleh ibunya sendiri

Hiperbola- Contoh:
i. bersuka-suka dengan tiada berkeputusan
ii. serta dipalu bunyi-bunyian terlalu amat ramainya

h) Nilai
= keadilan - Contoh: Kita perlu sentiasa berlaku adil.
Sikap Ratu Daha yang tidak adil sering mementingkan isteri mudanya daripada permaisuri dan Galoh Cendera Kirana.

= Belas kasihan - Contoh: Ratu Kuripan amat mengasihani Galoh Cendera Kirana yang baru kematian ibunya.

= Kasih-sayang - Contoh: Sebagai ibu tiri, kita sepatutnya mempunyai perasaan kasih terhadap anak tirinya tetapi berbeza dengan sikap isteri muda Ratu Daha terhadap Galoh Cendera Kirana yang amat membencikan anak tirinya.

= Baik hati - Contoh: Kita harusnya mengamalkan sikap baik hati bukannya hasad dengki. Isteri muda Ratu Daha amat cemburukan permaisuri hingga menyebabkan permaisuri membunuh diri dengan meminum racun.

i) Pengajaran
- Kita janganlah menilai sesuatu benda dengan melihat dari segi luaran saja kerana kita akan tertipu
  dengannya
- Seseorang suami janganlah pilih kasih dalam memberikan kasih sayang, sebaliknya berilah kasih
  sayang yang saksama kepada anak-anak dan isteri-isteri
- Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan atau simpati kepada seseorang yang bernasib
malang setelah kematian orang yang dikasihinya
- Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu pekerjaan