Praktis 1
Sistem Bahasa (15 Minit)
Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Kami tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana bunyi ________enjin kenderaan yang bertali arus di jalan raya.
A desingan C dentuman
B deruan D Dengusan
2. Beberapa orang pelajar yang ______ di kompleks beli-belah itu turut ditahan oleh pihak polis.
A bertaburan C berpelesiran
B berhamburan D berserakan
3. Baju adik _______ kerana ketumpahan air Milo.
A kusut-masa C huru-hara
B comot-momot D serbah-serbih
4. Atlet itu berusaha untuk _______diri ke Sukan Olimpik pada tahun hadapan.
A melayakkan C layak
B selayaknya D berkelayakan
5. Para peserta ekspedisi itu terpaksa ______ air sungai yang deras arusnya.
A merentas C mengharung
B melintas D menempuh
6. Puan Lee membeli tembikar itu sebagai _______ untuk rakan baiknya.
A tanda harga C tanda hati
B tanda mata D buah mulut
7. Tiada sepatah kata pun yang ________ daripada mulut ibu sebaik sahaja mendapat berita sedih itu.
A terlepas C terpacul
B terluah D tersembur
Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
8. Bila (A) sampai di (B) simpang jalan itu, kamu beloklah (C) ke kiri. Tiada kesalahan (D)
9. Wajah kakak pusat lesi (A) apabila disergah (B) oleh abang kerana dia semangat lemah (C). Tiada kesalahan (D)
10. Orang ramai bertolak-tolakan (A) sewaktu di kaunter untuk mendapatkan (B) tiket percuma perlumbaan (C) Formula 1 di sepang. Tiada kesalahan(D)
11. Para (A) peserta kursus diberi masa selama setengah jam (B) untuk mengajukan pelbagai (C) persoalan kepada penceramah itu. Tiada kesalahan (D).
12. Di seluruh (A) Manila telah dilanda (B) banjir besar yang banyak mengorbankan (C) nyawa dan harta benda. Tiada kesalahan (D)
13. Surat pekeliling (A) mengenai kerja lebih masa itu telah diedarkan (B) kepada semua ketua-ketua jabatan (C) untuk tindakan selanjutnya. Tiada kesalahan (D)
can u send me the answer for latihan 1 and 2?thanks
ReplyDeletecan i have the answer for latihan pls???
ReplyDeleteI also want de answer....
ReplyDeletewhere the answer?? better i did not do this exercise..!
ReplyDeletehow to answer this questions and where are the answers lah???
ReplyDelete