Saturday, January 8, 2011

Novel : Panduan Menjawab Soalan Novel

1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.
2. Perenggan- 3 perenggan.
3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh. PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah.

4. Permarkahan- Isi ( 6 markah )
- Bahasa ( 4 markah ).
5. Topik penting dalam Komsas
·         Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji (10 markah)
·         Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji (10 markah).
·         Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. (10 markah).
·         Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai. (10 markah).
·         Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji (10 markah).
·         Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai ( 10 markah ).
·         Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji 9 10 markah ).
·         Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
·         Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai ( 10 markah )
·         Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui ( 10 markah ).
·         Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).

No comments:

Post a Comment