Rangkap | Maksud |
1 | Sia-sia sahaja kita menuntut ilmu jika kita tidak menunaikan sembahyang. |
2 | Orang yang tidak menunaikan sembahyang pasti menyesal pada kemudian hari. |
3 | Sia-sia sahaja kita berilmu jika tidak mahu mempraktikkan ilmu kita itu. |
4 | Tuhan Yang Maha Esa sangat berkuasa, pemurah serta menyayangi hamba-Nya. |
5 | Kita tidak boleh berbuat kejahatan kerana balasan Tuhan adalah sangat dahsyat. |
6 | Manusia perlu bertaubat sekiranya melakukan kesalahan supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat nanti. |
Tema : Tanggungjawab manusia kepada Tuhan
Persoalan: a) Semua perbuatan dan tindakan mausia di dunia akan mendapat balasan pada hari akhirat.
b) Balasan bagi orang yang baik ialah syurga manakala balasan bagi orang yang jahat ialah neraka
c) Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang telah insaf.
Nilai : a) Semangat bermasyarakat – saling menasihati secara ikhlas untuk kebaikan bersama contohnya memberikan nasihat kepada orang yang tidak menunaikan sembahyang.
b) Rasional – mampu berfikir dengan mengambil kira baik dan buruknya sesuatu perbuatan.
c) Berhemah Tinggi– mengakui kesalahan diri dan memohon ampun daripada Tuhan Yang Maha Esa.
Pengajaran : a) Kita hendaklah menuntut ilmu supaya fahan tentang dosa dan pahala.
b) Kita hendaklah mempraktikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari supaya hidup kita tidak sia-sia.
c) Semasa hidup, kita hendaklah sentiasa melaksanakan suruhan Tuhan.
Soalan Praktis :
1. Frasa menangis di pintu kubur bermasud
A. jujur
B. menyesal
C. merendah diri
D. bercakap benar
2. Baris puisi bagai pohon tidak berbuah ialah gaya bahasa
A. simile
B. metafora
C. hiperbola
D. personifikasi
3. Apakah nasihat yang terdapat dalam rangkap ketiga?
A. Rajin belajar dan gigih berusaha.
B. Ilmu yang dipelajari hendaklah diingati.
C. Kita perlu berwaspada ketika menuntut ilmu.
D. Orang yang berilmu mesti bekerja untuk
membantu keluarga.
4. Pantun Empat Kerat ini mengemukakan tema berunsur
A. nasihat
B. sindiran
C. kias dan ibarat
D. contoh dan teladan.
5. Ciri Pantun Empat Kerat yang betul ialah
A. Rima akhirnya aaaa.
B. Semua baris merupakan maksud.
C. Jumlah suku kata adalah antara 8 hingga 12
D. Terdapat jeda pada bahagian awal dan akhir
baris.
ada jawapan tak??
ReplyDeletegot answer??
ReplyDeletemeow?
ReplyDeletemane pantunnye?
ReplyDeleteVery Good...BUT where is the ANSWER???~\(≧皿≦)/~
ReplyDelete