Monday, January 17, 2011

Prosa Tradisional Tingkatan 3: Pak Belalang


PROSA TRADISIONAL
1) PAK BELALANG
a) Sinopsis
Seorang juragan datang menghadap Raja Indera Maya.Juragan itu membawa anak-anak itik yang baru menetas.Dia meminta Raja Indera Maya menentukan jantan atau betina itik tersebut.jika Raja Indera Maya gagal menekanya, kerajaan Indera Maya akan menjadi miliknya dan jika Raja Indera Maya berjaya,Juragan itu akan menyerahkan ketiga-tiga buah kapal serta muatannya.Raja Indera Maya bersetuju.Baginda menintahkan ahli nujum, iaitu Pak Belalang ke Istana. Pak Belalang Pulang kerumah dengan hati yang bimbang.Dia takut akan pembohongannya selama ini diketahui orang.Sungguh pun begitu,Pak Belalang tetap berdoa agar tuhan memakbulkan permintaannya.
Pada malam ketiga ,Pak Belalang mendapat akal.Dia bersampan menuju ke kapal juragan.Sewaktu menghampiri kapal tersebut ,dia terdengar juragan sedang berbual-bual dengan isterinya tentang cara-cara untuk menentukan jantan atau betina itik yang baru menetas itu.Pak Belalang pulang kerumah dengan senang hati. Setelah tiba hari yang dijanjikan,Pak Belalang dipersilakan datang ke Istana.Pak Belalang meminta sebekas air lalu melepaskan anak-anak itik ke dalamnya.Pak Belalang memberitahu bahawa anak itik yang menyelam terlebih dahulu itu ialah itik jantan manakala yang menyelam kemudian ialah itik betina. Akhirnya, Raja Indera Maya memiliki ketiga-tiga buah kapal dengan muatannya sekali.Juragan ,Isteri ,dan anak kapal balik ke negeri mereka sehelai sepinggang.Juragan amat menyesal kerana memberitahu jawapan teka-teki kepada isterinya pada malam itu.
b) Tema
Tema cerita Pak Belalang adalah tentang kebijaksanaan,iaitu orang yang bijaksana dapat menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan. Contohnya: Pak Belalang merupakan seorang yang bijaksana kerana mampu meneka jantina anak itik seperti yang dipersoalkan oleh juragan kapal. Pada hakikat sebenarnya, Pak Belalang tidak tahu jawapan tersebut tetapi dia tetap berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pergi mendekati kapal juragan dan akhirnya dia memperoleh jawapan tersebut apabila isteri juragan ingin tahu benar akan jawapan tersebut.

c) Persoalan

Usaha tangga kejayaan
Malang tidak berbau atau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Orang yang tamak selalu rugi
Masyarakat yang suka bertaruh
Nasib yang baik akan menyebelahi orang yang benar
d) Watak dan Perwatakan
Pak Belalang
- Seorang yang bijaksana
- Mempunyai hubungan yang baik dengan raja
- Berfikiran kritis dan bijak bertindak semasa menghadapi masalah
- Menjadi orang harapan raja untuk menyelesaikan masalah menentukan jantina anak itik
- Mengaku kepada raja bahawa dirinya seorang ahli nujum serta memliki banyak buku rujukan tentang nujum
- Selalu bernasib baik
- Menjadi ahli nujum istana

Juragan
- Seorang ahli perniagaan
- Kaya dan berharta
- Mengemukakan teka-teki kepada raja
- Mempertaruhkan tiga buah kapal dan muatannya jika teka-teki dapat dijawab
- Tamak kerana ingin cepat kaya
- Tidak berhati-hati apabila bercakap
- Mengalami kerugian apabila teka-teki dapat dijawab oleh ahli nujum

Raja Indera Maya
- Raja yang berani
- Suka bertaruh
- Tidak berfikir panjang ketika mempersetujui sebarang syarat pertaruhan
- Terlalu yakin kepada ahli nujum

Isteri Juragan
- Wanita yang pandai memujuk suaminya untuk mengetahui sebarang rahsia
- Tidak memikirkan risiko sekirannya rahsia terbongkar

e) Latar
Latar tempat
- Di negeri Indera Maya
- Di balairung istana
- Di rumah Pak Belalang
- Di atas kapal Juragan yang sedang belabuh
Latar masa
- Selama tiga hari
Latar masyrakat
- Masyarakat yang terdiri daripada raja dan pembesarnya
- Masyarakat yang setia kepada raja
- Masyarakat yang menganut agama Islam
- Masyarakat yang menjalankan perniagaan
- Masyarakat yang suka bertaruh
- Masyarakat yang bersikap tamak

f) Plot
Permulaan
Juragan membawa tiga buah kapal ke negeri Indera Maya.Beliau mengajak Raja Indera Maya bertaruh untuk mengenal jantina anak itikyang baru menetas.Cegarannya ialah tiga buah kapal dengan muatannya dan Negri Indera Maya

Perkembangan
Raja Indera Maya bersetuju.Baginda meminta tempoh selama tiga hari.Selepas itu baginda menintahkan Pak Belalang datang keistana.Pak belalang berasa susah hati kerana dia tidak tahu jawapannya.

Perumitan
Pak Belalang dukacita kerana tidak tahu untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mula berasa takut rahsianya terbongkar

Klimaks
Pada malam ketiga,Pak Belalang pergi ke kapal Juragan.Pak Belalang terdengar akan berbualan antara Juragan dengan isterinya tentang jawapan teka-teki itu.
Peleraian
Pak Belalang berjaya menjawab soalan teka-teki dengan tepat.Juragan menyerahkan tiga buah kapal berserta muatanya kepada Raja Indera Maya.Dia bersama-sama dengan isterinya dan mengikut nya kembali ke negeri asal mereka.
g) Gaya Bahasa
Bahasa Klasik - Contoh: sahaya, jeragan, tib
Bahasa Istana - Contoh: tuanku, baginda, patik, beta, menteri, hulubalang, sida-sida, sarwa, hatta dan biduanda
Penggunaan pangkal mula ayat- Contoh: hatta, maka, syahadan, sebermula
Bahasa Arab - Contoh: kudrat, Ya Allah, ya rabbi, ya sayidi ya maula, Allah subhanahu wata’ala, makbul, fasal

h) Nilai
= Kebijaksanaan - Nilai ini ditonjolkan oleh Pak Belalang yang perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk mendapatkan jawapan teka-teki yang dikemukankan oleh Juragan
= Keberanian - Pak Belalang sanggup meredah pekat malam untuk ke kapal Juragan bagi mencari jawapan teka-teki tersebut
= Hormat-menghormati - Pak Belalang amat menghormati dan taat kepada Raja Indera Maya. Manakala Juragan juga sebagai orang luar amat menghormati peraturan negeri yang tetapkan oleh Raja Indera Maya.
= Bertimbang rasa - Raja bersimpati dengan nasib Juragan yang kalah dalam pertaruhan. Raja membekalkan tiga buah perahu dan bekalan yang mencukupi bagi membolehkan Juragan dan anak-anak kapalnya pulang ke tempat asal mereka.

i) Pengajaran
- Kita hendaklah yakin pada diri sendiri dalam semua perkara yang kita lakukan
- Kita hendaklah bersifat proktif dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah
- Setiap orang hendaklah hormat dan taat pada raja
- Jangan suka bertaruh atau berjudi kerana akan merugikan diri sendiri
- Jangan suka berbohong kerana orang yang suka berbohong hidupnya tidak selamat dan sentiasa bersusah hati

1 comment:

  1. πŸ€©πŸ€©πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘dalam buku teks susah nk baca tak paham hahaha nih senang sikit buku teks macam bahasa zaman dulu

    ReplyDelete