Monday, January 10, 2011

Tingkatan 1: Pantun Empat Kerat (Teka-teki)


Rangkap
Maksud
1
Apakah binatang yang berkepaan lebih lebar daripada badan?
2
Apakah benda yang semakin diisi semakin ringan?
3
Apakah binatang yang berdarah hitam serta mempunyai 8 janggut dan satu tulang?
4
Apakah buah yang semasa kecil berwarna hijau dan setelah besar berwarna merah?
5
Jika tuan orang yang pandai, sebutkan nama binatang yang ada tanduk pada hidung.

Tema : Menguji kecerdasan minda, iaitu berfikir tentang alam sekeliling
Persoalan: a) Manusia memerlukan latihan berfikir.
      b) Orang yang bijak dapat berfikir dengan pantas dan tepat.
      c) Berfikir secara rasional dapat menyelesaikan masalah yang banyak.

Nilai : a) Rasional – mampu membuat penaakulan untuk mencari jawapan yang tepat.
           b) Kebersihan mental – pemikiran yang sihat dan membina.
           c) Keberanian– berani mempertahankan jawapan yang diyakini benar.

Pengajaran : a) Kita hendaklah berfikir secara matang supaya dapat menyelesaikan masalah.
         b) Kita hendaklah berdikir secara rasional dan logi supaya pendapat kita dapat diterima
             oleh masyarakat,
         c) Alam sekeliling banyak mebantu manusia berfikir.

Soalan Praktis :
1. Apakah jawapan bagi rangkap ketiga pantun di atas?
A. lintah
B. sotong
C. cacing
D. biawak

2. Pilih padanan jawapan yang salah
A.  Rangkap 1 - gajah
B.  Rangkap 2 - belon
C.  Rangkap 3 - cili
D.  Rangkap 4 – badak sumbu

3. Nyatakan nilai murni yang tidak terdapat dalam pantun di atas.
A. rasional      
B. berkeyakinan
C. suka akan cabaran
D. bertanggungjawab

4. Pilih pernyataan Pantun teka-teki yang tepat..
A. Kita hendaklah berfikir secara logik.
B. Kita hendaklah berfikir secara tenang.
C. Kita hendaklah menjadi pendengar yang bijak.
D. Kita hendaklah rajin bertukar-tukar fikiran
     dengan rakan.

5. Apakah ciri utama pantun teka-teki?
A. Maksud pantun sangat jelas.
B. pembayang pantun ialah unsur alam.
C. Terdapat sekurang-kurangnya satu soalan.
D. Dua baris atas ialah pembayang maksud.

No comments:

Post a Comment