Saturday, January 8, 2011

Tingkatan 1: Pantun Dua Kerat (Nasihat)

 
Rangkap
Maksud
1
Berharap agar rakan sudi membantunya lagi.
2
Orang yang banyak bercakap selalu bercakap bohong.
3
Berharap agar rakan membalas surat yang diterima.
4
Orang yang malas berusaha sudah pasti tidak akan berjaya.
5
Orang yang bijak mudah memahami sesuatu perkara.
6
Manusia mesti bertanggungjawab terhadap segala sesuatu yang telah dilakukannya.
7
Orang yang terakhir mestilah berkemas.
8
Jika kita menginginkan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya.
9
Penipu dan pencuri dipandang hina dalam masyarakat.
10
Setelah dimarahi, barulah tahu membawa diri.

Tema : Amalan yang baik dalam hidup.
Persoalan: a) Orang yang rajin berusaha akan hidup selesa sementara orang yang malas
          berusaha akan hidup susah.
     b) Orang yang banyak bercakap cenderung untuk bercakap bohong.
     c) Golongan pencuri dan penipu dibenci oleh masyarakat.

Nilai : a) Kasih sayang – berusaha mengekalkan persahabatan.
           b) Kerajinan – berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
           c) Berani – bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Pengajaran : a) Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata supaya apa-apa
             yang diucapkan benar dan bernas.
         b) Kita hendaklah membalas budi orang yang telah berbudi kepada kita,
             contohnya membalas surat yang telah dikirimkan kepada kita.
         c) Kita tidak boleh bercakap bohong dan mencuri kerana perbuatan ini akan
             memalukan diri sendiri, keluarga dan perbuatan ini juga dibenci oleh
             masyarakat.



Soalan Praktis :
1. Frasa sudah kene jentik baru nak diam dalam puisi bermasud
A. tidak melawan setelah dihukum.    
B. Pandai membawa diri setelah dimarahi
C. mendiamkan diri setelah dihukum
D. Memohon maaf setelah melakukan
     kesalahan.

2. Mesej yang terdapat dalam rangkap kelima ialah
A. orang yang cerdas akan dapat belajar dengan
     cepat.
B. orang yang tenang akan hidup gembira
C. orang yang rajin berfikir akan cepat pandai.
D. orang yang bijak mudah diajak berunding.

3. Apakah nilai murni yang terdapat dalam rangkap keenam?
A. Berani berdikari                 
B. Berani menghadapi segala akibat
C. Berani kerana benar                                   
D. Berani mempertahankan pendirian.



4. Pada pendapat anda, mengapakah pengarang meminta rakannya membalas surat yang telah dikirimkan?
A. Supaya mereka dapat mengekalkan
     persahabatan.
B. Supaya pengarang mengetahui kedudukan
     rakannya.
C. Supaya mereka dapat berkongsi pengalaman
     hidup.
D. Supaya pengarang dapat menghubungi
     rakannya pada bila-bila masa.

5. Nyatakan satu ciri Pantun Dua Kerat.
A. Rima akhirnya abab.
B. Jumlah suku katanya adalah bebas.
C. Bunyi suku kata pada hujung baris adalah
     sama.
D. Terdiri daripada satu baris pembayang
     dan satu baris maksud.

2 comments: