Monday, January 17, 2011

Prosa Tradisional Tingkatan 3: Patung Kencana Dari Kuripan


3) PATUNG KENCANA DARI KURIPAN

a) Sinopsis
                Ratu Kuripan mendengar berita bahawa Ratu Daha kematian isteri.Permaisuri meninggal dunia kerana memakan racun akibat terlalu kecewa dengan sikap Ratu Daha yang amat menyayangi isteri mudanya, iaitu Paduka Liku.Semenjak kematian bondanya ,Raden Galuh Cendera Kirana sentiasa bersedih oleh itu ,Ratu Kuripan menyuruh Raden Inu Kartapati ,iaitu tunang Raden Galuh cendera Kirana membuat anak-anakan (patung) untuk menghiburkan hati Raden Galuh Cendera Kirana .


                Raden Inu Kertapati membuat dua anak-anakan yang diperbuat daripada emas dan perak.Anak-anakan yang dibuat daripada emas dibungkus dengan kain buruk manakala anak-anakan yang diperbuat dari perak dibungkus dengan kain sutera dewangga .Kedua-dua anak-anakan itu dihantar ke negeri Daha . Raden Galuh Ajeng,iaitu anak Paduka Liku telah memilih bungkusan yang dibungkus dengan kain sutera dewangga .Bungkusan sebuah lagi diserah kepada Raden Galuh Cendera Kirana.Raden Galuh Cendera Kirana berasa sungguh sedih tetapi apabila bungkusan itu dibuka ,dia berasa amat gembira kerana mendapat anak-anakan yang diperbuat dari emas bermata belian .Raden Galuh Ajeng hanya mendapat anak-anakan dibuat dari perak bermata batu.Raden Galuh Cendera Kirana berasa amat gembira menerima pemberian daripada tunangnya .


b) Tema
Tema cerita ini ialah kebijaksaan dalam menentukan pilihan yang terbaik.Watak wira dan wirawati cerita Patung Kencana Dari Kuripan mengambarkan mereka berdua bijak kerana memilih untuk menyembuyikan sesuatu yang baik dan cantik dalam bungkusan yang buruk dan kelihatan kurang menarik.Umumnya, tanggapan orang lain sebaliknya.Galuh Cendera Kirana yang mendapat bungkusan yang dibalut dengan kain buruk akhirnya mendapat anak-anakan yang dibuat dari emas.

c) Persoalan
- Hubungan kekeluargaan yang baik dengan ahli keluarga akan menjalinkan kemesraan dengan ahli keluarga .Ratu Kuripan menunjukkan sikapnya yang prihatin dengan menghadiahkan anak-anak emas kepada Galuh Cendera Kirana yang sedang kesedihan kerana kematian bondanya .Demikian juga Raden Inu,tunangnya Galuh Cendera Kirana yang membuat sendiri anak-anakan itu menunjukkan kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain yang amat erat.Hubungan kekeluargaan yang terbentuk sudah pasti akan semakin erat.
- Sesuatu yang kelihatan cantik tidak semestinya mengambarkan kebaikan isi di dalamnya.Ramai orang yang terpedaya dengan gambaran luaran yang menarik hati .sesuatu yang cantik dan menarik diluar tidak semestinya mengambarkan kecantikkan didalamnya.Demikianlah,anak-anakan perak yang berbungkus kain sutera menjadi pilihan Galuh Ajeng,manakalan anak-anakan emas yang berbungkus kain buruk telah diberikan kepada Galuh Cendara Kirana.

d) Watak dan Perwatakan
Galuh Cendera Kirana
- Puteri Ratu Daha
- Tunangan Raden Inu Kertapati
- Telah kematian bondanya
- Tidak diperdulikan oleh ayahandanya yang sudah terpengaruh dengan kata-kata isteri
  mudanya,Paduka Liku.
- Mempunyai saudara perempuan,Galuh Ajeng,anak Ratu Daha dengan Padika Liku.
- Berasa sedih dan sugul atas nasib yang menimpa dirinya.
- Mempunyai dua orang ibu tiri,PadukaLiku dan Mahadewi yang mengambil berat tentang dirinya.
- Taat dan Patuh kepada orang tuanya.
- Dikasihi dan disayangi oleh Ratu Kuripan.

Ratu Kuripan
- Raja Negeri Kuripan
- Bersaudara dengan Ratu Daha
- Ayahanda Raden Inu Kertapati
- Bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Galuh Cendera Kirana
- Mencari jalan untuk mengembirakan hati Galuh Cendera Kirana
- Amat mengasihi Galuh Cendera Kirana
- Sangat marah apabila mengetahui Ratu Daha tidak memperdulikan Galuh Cendera Kirana keran
  sudah terpengaruh dengan Paduka Liku.

Galuh Ajeng
- Anak Puteri Daha dengan Paduka Liku.
- Saudara Galuh Cendera Kirana yang berlainan ibu.
- Disayangi oleh Ratu Daha melebihi Galuh Cendera Kirana
- Terlalu manja
- Bertindak keanak-anakan dan bodoh.

Ratu Daha
- Ayahanda Galuh Cendera Kirana dan Galuh Ajeng.
- Baru kematian permaisuri
- Mempengaruhi

Paduka Liku
- Isteri muda ratu negeri Daha
- Mengenakan ilmu pengasih kepada ratu Daha agar mendengar katanya
- Penyebab permaisuri meracuni dirinya sendiri, bonda galoh Cendera Kirana kerana cemburu
- Pentingkan diri sendiri
- Ibu tiri yang jahat

e) Plot
Permulaan
Ratu Kuripan mendapt berita tentang kematian permaisuri Ratu Daha kerana memekan racun.Ratu Kuripan murka kerana Ratu Daha sangat menurut kehendak Paduka Liku iaitu isteri mudanya.

Perkembangan
Ratu Kuripan memerintahkan orang membuatkan anak patung bagi menghiburkan hati Galoh Cendera Kirana

Perumitan
Raden Inu Kartapati membuat dua buah anak-anakan daripada emas dan perak .Kedua-duanya dibungkus dalam bungkusan yang berbeza.Bungkusan itu dihantar ke negri Daha

Klimaks
Di istana Ratu Daha ,Raden Galuh Ajeng disuruh terlebih dahulu memilih bungkusan yang disukainya.Dia memilih bungkusan yang cantik tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada perak bermata batu.

Peleraian
Raden Galuh Kirana berasa gembira walaupun menerima bungkusan yang dibungkus buruk tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada emas bermata berlian.

f) Latar
Latar tempat
- di negeri Daha dan Kuripan
- di istana Kampong Karangan,Kuripan
Latar masa
- Berlaku pada zaman kerajaan Jawa lama
Latar masyarakat
- Masyarakat yang mengamalkan system beraja
- masyarakat tradisi di jawa mengamalkan poligami
- Masyarakat yang taat kepada pemimpin dan setia melaksanaakan perintah
- masyarakat yang memiliki belas kasihan
- Masyarkat yang kreatif dalam pertukangan tangan
- Masyarakat tradisional yang bijak berfikir
- Masyarakat yang mengamalkan petunangan di kalangan keluarga diraja
- masyarakat yang mengamalkan budaya hormat-menghormati
- masyarakat yang mengamalkan budaya berkirim salam



g) Gaya Bahasa
Bahasa Istana - Contoh: baginda, bersemayam, santap, memanda, permaisuri, ratu dan paduka

Bahasa klasik - Contoh: amarah, warta, anak-anakan, kencana

Bahasa Arab - Contoh: wallahu a’lam

Simile - Contoh : seperti perkataan yang dikatakan oleh ibunya sendiri

Hiperbola- Contoh:
i. bersuka-suka dengan tiada berkeputusan
ii. serta dipalu bunyi-bunyian terlalu amat ramainya

h) Nilai
= keadilan - Contoh: Kita perlu sentiasa berlaku adil.
Sikap Ratu Daha yang tidak adil sering mementingkan isteri mudanya daripada permaisuri dan Galoh Cendera Kirana.

= Belas kasihan - Contoh: Ratu Kuripan amat mengasihani Galoh Cendera Kirana yang baru kematian ibunya.

= Kasih-sayang - Contoh: Sebagai ibu tiri, kita sepatutnya mempunyai perasaan kasih terhadap anak tirinya tetapi berbeza dengan sikap isteri muda Ratu Daha terhadap Galoh Cendera Kirana yang amat membencikan anak tirinya.

= Baik hati - Contoh: Kita harusnya mengamalkan sikap baik hati bukannya hasad dengki. Isteri muda Ratu Daha amat cemburukan permaisuri hingga menyebabkan permaisuri membunuh diri dengan meminum racun.

i) Pengajaran
- Kita janganlah menilai sesuatu benda dengan melihat dari segi luaran saja kerana kita akan tertipu
  dengannya
- Seseorang suami janganlah pilih kasih dalam memberikan kasih sayang, sebaliknya berilah kasih
  sayang yang saksama kepada anak-anak dan isteri-isteri
- Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan atau simpati kepada seseorang yang bernasib
malang setelah kematian orang yang dikasihinya
- Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu pekerjaan

Prosa Tradisional Tingkatan 3: Taming Sari


2) HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI

a) Sinopsis

                Raja Melaka diiringi oleh pengawai- pengawai kerajaan dan pembesar negeri menghadap seri Betara Majapahit.Seri Betara Majapahit menpersilakan Raja Melaka menjamu selera di peseban.Tiba-tiba parajurit tua kerajaan majapahit bernama Taming Sari mengamuk.Sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya akan dibunuhnya.Melihat yang demikian,Seri Betara memimpin Raja Melaka masuk ke istana.Tun Tuah berasa gembira tindakan Seri Betara itu.TunTuah mencari-cari patih gajah Mada yang dikatakan sungguh berani, tetapi telah menghilangkan diri.

Tun Tuah naik ke peseban untuk bertaruh dengan Taming Sari.Tun Tuah menikam Taming Sari dengan kerisnya tapi tubuh Taming Sari tidak lut.Oleh itu,TunTuah mencari helah, kononnya mahu merampas takhtah Majapahit dan kemudian melantik Taming Sari sebagai Ratu dengan syarat mereka bertukar senjata.Setelah bertukar senjata,Tun Tuah menikam Taming Sari sehingga mati.Tun Tuah mempersembahkan keris Taming Sari kepada Seri Betara.Seri Betara telah menganugerahkan keris Taming Sari, kawasan anak sungai Jemaja dan jawatan Laksamana kepadaTun Tuah.

b) Tema

Tema cerita ini tersirat melalui watak Tun Tuah pahlawan Melayu Melaka yang handal dan bijaksana ketika menentang Taming Sari dan berjaya mengalahkannya.

c) Persoalan
-   Setiap negeri mempunyai pahlawan negara yang gagah perkasa lagi berani Contoh: Hang Tuah
    rela bertarung dengan Taming Sari yang sedang mengamuk.
- Kebijaksanaan berfikir dan bertindak bagi menghapuskan kejahatan dan kekejaman
     Contoh: Hang Tuah menggunakan kebijaksanaannya untuk menipu Taming Sari bagi
     mendapatkan keris tersebut.

d) Watak dan Perwatakan
Hang Tuah
- Mengiringi Raja Melaka ke Majapahit
- Gagah, berani, tangkas bermain senjata
- Berpangkat Laksamana
- Taat dan setia kepada raja
- Bijaksana

Taming Sari
- Memiliki senjata Taming Sari
- Perajurit tua dari Majapahit
- Bertubuh kebal dan tidak lut senjata
- Kejam membunuh
- Mudah terpedaya tipu muslihat Hang Tuah
- Mati dibunuh Hang Tuah

Betara Majapahit
- Pemerintah kerjaan Majapahit
- Menghormati tetamu
- Bertanggungjawab
- Pemurah dan mengenang jasa Hang Tuah

e) Latar

Latar tempat
- Negeri Majapahit
- Di istana RatuMjapahit
- Di luar pintu Peseban
- Di Peseban
- Di tengah Pesara
Latar masa
- Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Latar masyarakat
- Golongan istana (Betara Majapahit dan Raja Melaka)
- Golongan pembesar ( Patih Gajah Mada, Perdana menteri, laksamana)
- Negeri yang diperintah oleh Raja
- Masyarakat Jawa di Majapahit
- Masyarakat yang setia kepada raja
- Golongan pahlawan

f) Plot
Permulaan
Seri Betara dan rakyat Jawa meraikan kedatangan Raja Melaka dan rombongan di istana Majapahit.

Perkembangan
Taming Sari mengamuk.Dia mebunuh banyak orang.Seri Betara memimpin Raja Melaka ke dalam istana.

Perumitan
Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari


Klimaks
Tun Tuah menikam Taming Sari tapi tubuhnya tidak lut.TunTuah mencari helah dengan mengatakan akan melantik Taming Sari sebagai Ratu Majapahit jika mereka berjaya merampas Kerajaan Majapahit.
Meraka bertukar senjata. Tun Tuah menikam Taming Sari.Taming Sri mati.

Peleraian
Seri Betara mengurniakan gelaran Laksamana , keris Taming Sari dan kawasan anak sungai Jemaja kepada Tun Tuah.

G) Gaya Bahasa

Bahasa Klasik - Contoh: Peseban, ceterua, sida-sida, bentara, piala, penjurit, pendua, memekis, penggawa, pelenter, papan khambi, tertitar-titar, lamun

Bahasa Istana - Contoh: Santap, tuanku, duli, patik, baginda, ratu, titah dll.

Bahasa Jawa - Contoh: Pakanira, manira, kiai, adipati

Kata pangkal ayat - Contoh: hatta, maka

Simile
Contoh:
i. datangnya itu seperti baling-baling
ii. bernyala-nyala seperti api

h) Nilai

Keberanian
Contoh: Hang Tuah menunjukkan sifat beraninya apabila telah tampil ke hadapan untuk melawan Taming Sari yang sedang mengamuk sedangkan pahlawan Majapahit yang lain melarikan diri.

Rasional, berfikir secara kritis, dan bernas untuk mengelesaikan masalah
Contoh: Hang Tuah telah bertindak bijak dengan memperdayakan Taming Sari yang sukar dibunuh dengan adanya keris Taming Sari itu. Hang Tuah membuat helah untuk mendapatkan keris itu agar Taming Sari dapat dibunuh.

Berterima kasih
Contoh: Betara Majapahit menghadiahkan anak sungai Jemaja dan memberikan gelaran Laksamana kepada Hang Tuah setelah berjaya membunuh Taming Sari.

i) Pengajarab
- Kita hendaklah menggunakan akal fikiran untuk menewaskan musuh dan bukan mengantung pada
  kekuatan fizikal sahaja
- Keberanian untuk mempertahankan tanah air tercinta perlu ada pada diri setiap rakyat agar nama
  baik dan maruah negara terpelihara.
- Kita hendaklah menjalankan tugasnya yang diamnahkan pada kita
- Kita hendaklah mengenang jasa orang lain terhadap kita
- Kita hendaklah berfikir dengan bijaksana supaya tidak terpedaya dengan tipu helah orang lain

Prosa Tradisional Tingkatan 3: Pak Belalang


PROSA TRADISIONAL
1) PAK BELALANG
a) Sinopsis
Seorang juragan datang menghadap Raja Indera Maya.Juragan itu membawa anak-anak itik yang baru menetas.Dia meminta Raja Indera Maya menentukan jantan atau betina itik tersebut.jika Raja Indera Maya gagal menekanya, kerajaan Indera Maya akan menjadi miliknya dan jika Raja Indera Maya berjaya,Juragan itu akan menyerahkan ketiga-tiga buah kapal serta muatannya.Raja Indera Maya bersetuju.Baginda menintahkan ahli nujum, iaitu Pak Belalang ke Istana. Pak Belalang Pulang kerumah dengan hati yang bimbang.Dia takut akan pembohongannya selama ini diketahui orang.Sungguh pun begitu,Pak Belalang tetap berdoa agar tuhan memakbulkan permintaannya.
Pada malam ketiga ,Pak Belalang mendapat akal.Dia bersampan menuju ke kapal juragan.Sewaktu menghampiri kapal tersebut ,dia terdengar juragan sedang berbual-bual dengan isterinya tentang cara-cara untuk menentukan jantan atau betina itik yang baru menetas itu.Pak Belalang pulang kerumah dengan senang hati. Setelah tiba hari yang dijanjikan,Pak Belalang dipersilakan datang ke Istana.Pak Belalang meminta sebekas air lalu melepaskan anak-anak itik ke dalamnya.Pak Belalang memberitahu bahawa anak itik yang menyelam terlebih dahulu itu ialah itik jantan manakala yang menyelam kemudian ialah itik betina. Akhirnya, Raja Indera Maya memiliki ketiga-tiga buah kapal dengan muatannya sekali.Juragan ,Isteri ,dan anak kapal balik ke negeri mereka sehelai sepinggang.Juragan amat menyesal kerana memberitahu jawapan teka-teki kepada isterinya pada malam itu.
b) Tema
Tema cerita Pak Belalang adalah tentang kebijaksanaan,iaitu orang yang bijaksana dapat menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan. Contohnya: Pak Belalang merupakan seorang yang bijaksana kerana mampu meneka jantina anak itik seperti yang dipersoalkan oleh juragan kapal. Pada hakikat sebenarnya, Pak Belalang tidak tahu jawapan tersebut tetapi dia tetap berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pergi mendekati kapal juragan dan akhirnya dia memperoleh jawapan tersebut apabila isteri juragan ingin tahu benar akan jawapan tersebut.

c) Persoalan

Usaha tangga kejayaan
Malang tidak berbau atau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Orang yang tamak selalu rugi
Masyarakat yang suka bertaruh
Nasib yang baik akan menyebelahi orang yang benar
d) Watak dan Perwatakan
Pak Belalang
- Seorang yang bijaksana
- Mempunyai hubungan yang baik dengan raja
- Berfikiran kritis dan bijak bertindak semasa menghadapi masalah
- Menjadi orang harapan raja untuk menyelesaikan masalah menentukan jantina anak itik
- Mengaku kepada raja bahawa dirinya seorang ahli nujum serta memliki banyak buku rujukan tentang nujum
- Selalu bernasib baik
- Menjadi ahli nujum istana

Juragan
- Seorang ahli perniagaan
- Kaya dan berharta
- Mengemukakan teka-teki kepada raja
- Mempertaruhkan tiga buah kapal dan muatannya jika teka-teki dapat dijawab
- Tamak kerana ingin cepat kaya
- Tidak berhati-hati apabila bercakap
- Mengalami kerugian apabila teka-teki dapat dijawab oleh ahli nujum

Raja Indera Maya
- Raja yang berani
- Suka bertaruh
- Tidak berfikir panjang ketika mempersetujui sebarang syarat pertaruhan
- Terlalu yakin kepada ahli nujum

Isteri Juragan
- Wanita yang pandai memujuk suaminya untuk mengetahui sebarang rahsia
- Tidak memikirkan risiko sekirannya rahsia terbongkar

e) Latar
Latar tempat
- Di negeri Indera Maya
- Di balairung istana
- Di rumah Pak Belalang
- Di atas kapal Juragan yang sedang belabuh
Latar masa
- Selama tiga hari
Latar masyrakat
- Masyarakat yang terdiri daripada raja dan pembesarnya
- Masyarakat yang setia kepada raja
- Masyarakat yang menganut agama Islam
- Masyarakat yang menjalankan perniagaan
- Masyarakat yang suka bertaruh
- Masyarakat yang bersikap tamak

f) Plot
Permulaan
Juragan membawa tiga buah kapal ke negeri Indera Maya.Beliau mengajak Raja Indera Maya bertaruh untuk mengenal jantina anak itikyang baru menetas.Cegarannya ialah tiga buah kapal dengan muatannya dan Negri Indera Maya

Perkembangan
Raja Indera Maya bersetuju.Baginda meminta tempoh selama tiga hari.Selepas itu baginda menintahkan Pak Belalang datang keistana.Pak belalang berasa susah hati kerana dia tidak tahu jawapannya.

Perumitan
Pak Belalang dukacita kerana tidak tahu untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mula berasa takut rahsianya terbongkar

Klimaks
Pada malam ketiga,Pak Belalang pergi ke kapal Juragan.Pak Belalang terdengar akan berbualan antara Juragan dengan isterinya tentang jawapan teka-teki itu.
Peleraian
Pak Belalang berjaya menjawab soalan teka-teki dengan tepat.Juragan menyerahkan tiga buah kapal berserta muatanya kepada Raja Indera Maya.Dia bersama-sama dengan isterinya dan mengikut nya kembali ke negeri asal mereka.
g) Gaya Bahasa
Bahasa Klasik - Contoh: sahaya, jeragan, tib
Bahasa Istana - Contoh: tuanku, baginda, patik, beta, menteri, hulubalang, sida-sida, sarwa, hatta dan biduanda
Penggunaan pangkal mula ayat- Contoh: hatta, maka, syahadan, sebermula
Bahasa Arab - Contoh: kudrat, Ya Allah, ya rabbi, ya sayidi ya maula, Allah subhanahu wata’ala, makbul, fasal

h) Nilai
= Kebijaksanaan - Nilai ini ditonjolkan oleh Pak Belalang yang perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk mendapatkan jawapan teka-teki yang dikemukankan oleh Juragan
= Keberanian - Pak Belalang sanggup meredah pekat malam untuk ke kapal Juragan bagi mencari jawapan teka-teki tersebut
= Hormat-menghormati - Pak Belalang amat menghormati dan taat kepada Raja Indera Maya. Manakala Juragan juga sebagai orang luar amat menghormati peraturan negeri yang tetapkan oleh Raja Indera Maya.
= Bertimbang rasa - Raja bersimpati dengan nasib Juragan yang kalah dalam pertaruhan. Raja membekalkan tiga buah perahu dan bekalan yang mencukupi bagi membolehkan Juragan dan anak-anak kapalnya pulang ke tempat asal mereka.

i) Pengajaran
- Kita hendaklah yakin pada diri sendiri dalam semua perkara yang kita lakukan
- Kita hendaklah bersifat proktif dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah
- Setiap orang hendaklah hormat dan taat pada raja
- Jangan suka bertaruh atau berjudi kerana akan merugikan diri sendiri
- Jangan suka berbohong kerana orang yang suka berbohong hidupnya tidak selamat dan sentiasa bersusah hati

Monday, January 10, 2011

Aspek-aspek Komsas


1.      Tema – Pokok persoalan yang menjadi dasar sesuatu cerita secara langsung atau tidak langsung. Dianggap sebagai gagasan, fikiran atau persoalan utama yang mendasari sesuatu karya. Contoh tema novel Azfa Hanani ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa.

2.      Persoalan – Hal-hal yang dibangkitkan dalam sesuatu cereka untuk memantapkan tema dan mengembangkan cereka. Contoh persoalan dalam novel Azfa Hanani ialah Berani mengambil risiko. Azfa bernai menyamar sebagai Tengku Murni walaupun dia tahu risiko yang ditanggungnya.

3.      Watak – Pelakon yang menggerakkan sesuatu cereka. Ada watak utama (watak penting yang menggerakkan cerita), dan sampingan (watak yang membantu watak utama). Contoh watak utama dalam novel Azfa Hanani ialah Azfa Hanani. Watak sampingan ialah Tengku Murni, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz.

4.      Perwatakan – Gambaran keseluruhan watak yang ditonjolkan dalam sesuatu cereka. Perwatakan termasuk pelakuan, perasaan, cara berfikir, cara bercakap dan sebagainya. Contoh perwatakan Azfa Hanani ialah seorang gadis berusia 17 tahun, taat kepada pak long dan maklongnya, buktinya telah meminta izin lebih dahulu sebelum bersetuju mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.

5.      Plot– Rentetan peristiwa yang menggambarkan jalan cerita berdasarkan sebab dan akibat, dijalin dengan melibatkan konflik atau pertikaian yang akhirnya menemukan peleraian. Contoh dalam novel Azfa Hanani terdapat permulaan cerita, contohnya dikatakan wajah Azfa Hanani seiras dengan Tengku Murni. Setelah itu, pengembangan cerita, perumitan cerita, klimaks dan peleraian cerita.

6.      Latar – Terbahagi kepada 3, iaitu latar tempat (tempat berlakunya sesuatu peristiwa), latar masa (masa/zaman peristiwa berlaku) dan latar masyarakat (golongan yang diwujudkan dalam cereka contoh bangsa/etnik,jantina, kampung/bandar/kota dan sebagainya. Contoh Latar Tempat dalam Novel Azfa Hanani ialah di Makmal Kimia. Di sinilah Azfa Hanani Bimbang kerana perbuatannya “mencuri” buku disyaki oleh rakan-rakannya.

7.      Gaya Bahasa – rentetan kata yang sesuai untuk menyampaikan idea dengan cara yang lebih indah contoh, pepatah, kata-kata kalimat, peribahasa, pantun, dialek daerah, bahasa asing, inversi, hiperbola, perulangan/repitisi, personafikasi, perlambangan/ simbolik, metafora, imej alam dan sinis.

Simile – unsur-unsur yang menggunakan kata perbandingan seperti, macam, umpama, bak dll.

Inversi – pembalikan kata, frasa atau ayat.

Hiperbola – sesuatu perkara dinyatakan secara berlebih-lebihan.

Perulangan/repitisi
-          Anafora = perulangan di awal ayat/baris
-          Responsi = perulangan di tengah ayat/baris
-          Epifora = perulangan di akhir ayat/baris
     
Personifikasi – memberi sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda.
      Metafora – unsur perbandingan secara tidak langsung atau secara berkias bagi menerbitkan makna lain daripada makna tersurat. Gabungan unsur konkrit dan abstrak.
      Imej alam ­–penggunaan unsur alam.
      Sinis – kata-kata yang diungkapkan dengan tujuan menyindir.

  1. Unsur Bunyi
- Asonasi = perulangan huruf-huruf  vokal (A,E,I,O, dan U)
                   
- Aliterasi = Perulangan Huruf-huruf Konsonan (selain daripada huruf vokal)

                      
- Jeda = pemberhentian di tengah baris semasa dideklasmasikan  
             (biasanya sajak)
              
- Rima akhir = pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi (Biasanya pantun)
                          
  1. Teknik Plot – teknik-teknik tertentu yang digunakan oleh pegarang untuk menyampaikan ceritanya supaya keihatan lebih menarik. Antara teknik:
a)      Dialog – pertuturan antara dua atau lebih watak. Biasanya ada “ ”.
b)      Monolog -  pengucapan seseorang sama ada ditujukan kepada diri sendiri atau orang lain.
c)      Monolog dalaman – berupa pengucapan dalam hati atau fikiran seseorang.
d)      Imbas Kembali – peristiwa yang digambarkan semula melalui mimpi, kenangan atau penceritaan.
e)      Imbas Muka – ramalan atau jangkaan oleh watak.
f)       Pemerian/pengisahan -  penceritaan secara langsung oleh pengarang, misalnya untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu tempat.
g)      Kejutan – perubahan yang berlaku secara tiba-tiba atau tanpa diduga yang bertujuan untuk menjadikan plot lebih menarik dan berkesan.
h)      Saspens – teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menimbulkan kegelisahan dan rasa ingin tahu atau membuatkan watak atau pembaca tertanya-tanya insiden yang bakal berlaku.

  1. Nilai – sifat ketinggian dari segi pemikiran agama, kemasyarakatan dan sebagainya. Terdapat 16 nilai murni yang wajar diserapkan dalam pengajaran iaitu,
a)      baik hati,
b)      berdikari,
c)      hemah tinggi,
d)      hormat-menghormati,
e)      kasih sayang,
f)       keadilan,
g)      kebebasan,
h)      keberanian,
i)        kebersihan fizikal dan mental,
j)       kejujuran,
k)     kerajinan,
l)        kerjasama,
m)   kesederhanaan,
n)      kesyukuran,
o)      rasional dan
p)      semangat kemasyarakatan.

  1. Pengajaran – Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman sebagai inti fikirannya yang terungkap daripada sesuatu cereka secara tersirat yang digambarkan melalui peristiwa dan watak-wataknya.
Contoh dalam novel Azfa Hanani
           
Nilai – Pengorbanan = Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Zuraini yang memerlukan rawatan bagi penyakit lumpuhnya.

            Pengajaran – Kadangkala pengorbanan itu perlu demi membahagiakan orang lain. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah mengalami tekanan jiwa seterusnya menggangu kesihatannya.