Kebanyakan pelajar sekarang lemah dalam penulisan karangan, terutama pelajar yang berada di kelas belakang. Belakang bukan bermaksud tidak malas, cuba kurang berusaha dan perlu tumpukan perhatian di dalam kelas. Di sini, saya telah sediakan beberapa tips untuk pelajar yang lemah membuat karangan, tetapi boleh mendapat markah yang baik.
1. Membuat ayat yang mudah-mudah tanpa kesalahan ejaan.
2. Paling minimum satu perenggan buat tiga ayat.
3. Paling minimum satu karangan 3 isi penting.
Kepada pelajar lemah, sering kali memikirkan jumlah patah perkataan, iaitu 180 patah perkataan yang ingin ditulis. Memang benar, bagi kamu itu jumlah yang banyak. Tetapi, kamu jangan fikirkan jumlah perkataan tersebut. Apa yang kamu perlu fikirkan adalah kamu dapat membuat karangan dengan baik. setidak-tidaknya, kamu tidak menghantar kertas kosong.
Oleh itu, telah saya sertakan cara-cara membuat karangan dengan mudah. Anda hanya perlu mengingat beberapa perkataan pertama bagi setiap perenggan. Paling tidak, anda dapat meluluskan diri anda dalam peperiksaan PMR kelak. Jika hendak mendapatkan A, pastikan anda usaha gigih lagi.
No comments:
Post a Comment